Jabatan Laut bayar elaun RM2.55 juta tanpa punca kuasa sah

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 11:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jabatan Laut bayar elaun RM2.55 juta tanpa punca kuasa sah

PETALING JAYA: Pengurusan kewangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) berdepan teguran keras apabila dikesan membuat pembayaran elaun dan kemudahan berjumlah RM2.55 juta tanpa sebarang punca kuasa perundangan yang sah sepanjang tahun lalu.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, pembayaran elaun dan kemudahan menggunakan Akaun Amanah Kumpulan Wang Dius Api (KWDA) dan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) itu dibuat tanpa punca kuasa yang sah.

Ini kerana, beliau berkata, ia tidak dinyatakan dalam Akta Dius Api Persekutuan 1953 (Akta 250), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Tatacara Kewangan (Akta 61).

Katanya, Akta 61, semua perkara hal ehwal kewangan Persekutuan yang tidak dinyatakan dalam akta/ordinan hendaklah diletak hak kepada Menteri Kewangan.

Susulan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan JLM supaya menghentikan serta-merta bayaran elaun dan kemudahan tersebut sehingga kedudukan tafsiran perundangan dan tatacara kewangan bagi setiap kategori pembayaran elaun dan kemudahan dimuktamadkan.

“Ketua Audit Negara turut mengesyorkan supaya Kementerian Kewangan menyemak semula pembayaran atau sebarang kemudahan yang dibayar melalui semua Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Kumpulan Wang Amanah Awam,” katanya menerusi kenyataan media Laporan Ketua Audit Negara 2/20226. – UTUSAN

The post Jabatan Laut bayar elaun RM2.55 juta tanpa punca kuasa sah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved