Jabatan Peguam Negara Fail Notis Rayuan Terhadap Keputusan Pelepasan & Pembebasan Syed Saddiq

LocalPolitics
26 Jun 2025 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang melepaskan dan membebaskan Ahli Parliment Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan dan hukuman penjara selama 7 tahun serta 2 sebatan.

Sabitan dan hukuman tersebut berhubung dengan kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Penentuan kes yang berprofil tinggi itu telah diputuskan oleh panel 3 hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin di mana mereka sebulat suara membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, AGC telah meneliti dan menimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan, jabatan itu telah memfailkan notis rayuan hari ini bagi merayu keputusan pelepasan dan pembebasan itu.

image is not available

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa proses rayuan ini adalah sebahagian daripada sistem kehakiman yang membenarkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang lebih rendah.”

“la adalah amalan biasa dalam proses perundangan negara dan tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.”

“Pemfailan rayuan ini bertujuan memastikan isu perundangan yang timbul daripada keputusan Mahkamah Rayuan dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan, selaras dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus.”

Untuk rekod, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah mengikut Seksyen 406 terhadap Syed Saddiq selaku perayu.

Malah, beliau turut menyatakan bahawa panel juga gagal mengemukakan bukti dan fakta yang boleh dipercayai bagi menyokong pertuduhan di bawah Seksyen 403.

Sumber : Buletin TV3

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.