Jabatan Penjara bersedia laksana keputusan Lembaga Pengampunan

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 2:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jabatan Penjara bersedia laksana keputusan Lembaga Pengampunan

Jabatan Penjara Malaysia bersedia laksanakan arahan rasmi berhubung pengampunan bersyarat dan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia bersedia melaksanakan sebarang arahan rasmi berhubung keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64 berkaitan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Penjara memaklumkan sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi sebelum dikemukakan kepada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

“Jabatan Penjara Malaysia sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang arahan rasmi yang diterima daripada pihak berkuasa yang berkenaan, selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara dan prosedur yang sedang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, pihaknya akan melaksanakan keputusan dan arahan yang diterima secara teratur, profesional dan berintegriti, selaras dengan peruntukan undang-undang serta ketetapan pihak berkuasa berkenaan.

Jabatan Penjara turut menyeru semua pihak supaya merujuk kepada sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan keputusan tersebut.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata Jabatan Penjara masih menunggu surat rasmi pemakluman perkara berkenaan.

Beliau berkata jabatan itu perlu melihat surat pemakluman rasmi itu bagi membolehkan pelaksanaan keputusan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Berdasarkan kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib, dengan membenarkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved