Jabatan Penjara nafi dakwaan tular banduan lari dari Penjara Sungai Udang

30 Jul 2026 • 11:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jabatan Penjara nafi dakwaan tular banduan lari dari Penjara Sungai Udang

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Jabatan Penjara menafikan dakwaan yang tular kononnya berlaku insiden banduan melarikan diri dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan memaklumkan tiada sebarang kejadian banduan melarikan diri berlaku di penjara itu seperti yang didakwa.

"Maklumat yang disebarkan adalah tidak benar, mengelirukan dan berpotensi mencetuskan kegusaran serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya," menurut kenyataan itu.

Sebarang maklumat berkaitan Jabatan Penjara Malaysia hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi jabatan bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Jabatan Penjara Malaysia memandang serius penyebaran maklumat palsu yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi penjara serta keselamatan awam.

"Tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu atau tidak sahih selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved