Lagi Kes Orang Malaysia Buat Hal Di China, Lari Bawa Barang Dari ‘Supplier’ RM4,600

11 Jul 2026 • 10:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu hantaran yang tular di media sosial mendakwa beberapa rakyat Malaysia terlibat dalam satu pertikaian pembayaran dengan pembekal di Guangzhou, China.

Menurut dakwaan yang dikongsikan di  Tiktok., pembekal terbabit telah menghantar barangan ke sebuah hotel di Guangzhou, namun pembayaran dikatakan tidak dibuat sebelum kumpulan berkenaan pulang ke Malaysia.

Advertisement

Pembekal mendakwa mengalami kerugian berjumlah 7,800 Yuan, iaitu dianggarkan melebihi RM4,600.

Difahamkan, individu terbabit merupakan pelanggan sedia ada yang pernah berurusan dengan pembekal sebelum ini. Atas faktor kepercayaan, barangan dihantar terlebih dahulu sebelum bayaran dibuat.

Hantaran berkenaan turut memaparkan rakaman CCTV, tangkap layar perbualan WhatsApp dan WeChat serta beberapa gambar individu yang didakwa terlibat.

pelanchong

Pemilik hantaran mendakwa pembekal telah beberapa kali cuba menghubungi pihak berkenaan bagi menuntut bayaran, namun tidak berjaya.

Dalam perkongsian sama, pembekal dikatakan sedang mendapatkan nasihat undang-undang di China bagi mempertimbangkan tindakan yang boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang negara itu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa tindakan segelintir individu boleh menjejaskan imej rakyat Malaysia di luar negara.

Bagaimanapun, setakat ini dakwaan tersebut masih belum disahkan oleh pihak berkuasa dan identiti individu yang didakwa terlibat juga belum dapat disahkan secara rasmi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Lagi Kes Orang Malaysia Buat Hal Di China, Lari Bawa Barang Dari ‘Supplier’ RM4,6002026-07-10 15:45:57

Tular Pendaki ‘Berparti’ Di Puncak Bukit, Netizen Tegur Isu Adab Dan Keselamatan - "Patutnya Korang Yang Kena Sorok Dengan Jin!"

The post Lagi Kes Orang Malaysia Buat Hal Di China, Lari Bawa Barang Dari ‘Supplier’ RM4,600 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved