Sijil nikah Rohingya: Menteri Agama siasat dakwaan tertera kod Jakim

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 1:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sijil nikah Rohingya: Menteri Agama siasat dakwaan tertera kod Jakim
Dr Zulkifli berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menyiasat dakwaan sijil nikah Rohingya yang tular memaparkan kod dipercayai merujuk kepada Jakim.
Image from: Sijil nikah Rohingya: Menteri Agama siasat dakwaan tertera kod Jakim
Sijil nikah Rohingya yang dikatakan mempunyai kod JAKIM.

PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menyiasat dakwaan sijil nikah Rohingya yang tular memaparkan kod dipercayai merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun Menterinya, Dr Zulkifli Hasan memaklumkan setakat ini pihaknya belum memperoleh maklumat berhubung perkara itu dan akan mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut.

"Nanti kita siasat, saya tak dapat lagi maklumat berkenaan perkara itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia (PePSSM) Kali Ke-2 Tahun 2026 di sini pada Rabu.

**media[3582881]**

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang dilaporkan tidak mengiktiraf sijil perkahwinan Rohingya, selain dakwaan bahawa dokumen berkenaan memaparkan kod dipercayai merujuk kepada Jakim.

Sebelum ini, tular di media sosial sekeping sijil perkahwinan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia, memaparkan kod "JAKIM.PERH/LN.800-7(5)", sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kaitan kod berkenaan dengan JAKIM.

Setakat ini belum ada penjelasan rasmi daripada Jakim mengenai maksud kod yang tertera pada dokumen tersebut ataupun sama ada ia mempunyai kaitan dengan pengiktirafan sijil berkenaan.

Isu itu turut mencetuskan perbahasan selepas JAIPk dilaporkan tidak mengiktiraf sijil perkahwinan berkenaan, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai status dokumen tersebut.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved