Jack Dorsey Sedang Bangunkan Aplikasi Permesejan Menggunakan Bluetooth – Bitchat

TechnologyDigital
8 Jul 2025 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas Twitter, Jack Dorsey kini berkongsi sedang membangunkan sebuah aplikasi permesejan ringkas tersendiri dinamakan Bitchat. Apa yang membezakan aplikasi ini berbanding yang lain adalah ia beroperasi menggunakan rangkaian Bluetooth, sekaligus membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej tanpa sambutan selular atau WiFi.

image is not available

Ini sekaligus membuatkan aplikasi ini boleh digunakan dalam lokasi berhampiran, sekitar 100 meter sahaja – berasaskan liputan Bluetooth. Ini membuatkan aplikasi permesejan ini boleh digunakan di lokasi-lokasi yang selalunya sesak, seperti di stadium, konsert, dan sebagainya.

Aplikasi ini juga membawa sokongan membolehkan liputan dipanjangkan lebih luas melalui peranti pengguna.

Buat masa ini, aplikasi Bitchat ini masih pada peringkat ujian lagi. Versi ujiannya sedia ditawarkan melalui Apple Testflight yang kini telah penuh. Jack Dorsey juga turut menawarkan kod sumber untuk aplikasi ini di GitHub.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved