Meta hari ini mengumumkan pengenalan ciri permesejan pada aplikasi Threads. Dengan langkah ini, semua pengguna boleh menghantar dan menerima mesej peribadi daripada pengguna lain, tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Untuk fasa pengenalan ini, pengguna hanya boleh menghantar mesej atau DM, antara pengikut anda di Threads sahaja, atau pengikut bersama di Instagram. Buat masa ini juga, sokongan permesejan individu sahaja diperkenalkan, dan sokongan permesejan berkumpulan dijangka hadir dalam masa terdekat.
Untuk mengakses mesej ini, Threads menambah sebuah ikon menu berbentuk sampul dibawah, memudahkan pengguna mengaksesnya dengan pantas. Kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka diterima semua tidak lama lagi.

