Jadi ‘Backup Singer’ Talita, Netizen Terpukau Dengan Bakat Nyanyian Matin Pula - “Meremang Dengar…”

13 Jan 2025 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas Talita, anak ketiga pelawak dan usahawan Shuib, Ariq Matin. berjaya menyorot perhatian netizen apabila menonjolkan kemampuannya dalam menyanyi. 

Jadi backup singer Talita

Menerusi potongan video dimuat naik akaun peminat, dapat dilihat Matin sedang menyanyikan lagu nyanyian asal penyanyi Indonesia, Firman yang bertajuk ‘Kehilangan’ ketika bersiaran langsung di TikTok, pada Ahad.

 

Meskipun baru berusia lapan tahun, Matin dilihat ‘santai’ menyanyikan lagu tersebut sambil ditemani bapanya disisi.

 

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya tidak menyangka Matin juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

 

“Maaf Shuib tapi i rasa matin yang ada auranya

 

“Bila Matin nyanyi meremang aku dengar weh.

 

“Sedap tone suara matin, unik. Style nyanyi tu kemain tau hihi,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Talita tampil membuat persembahan kali pertama di hadapan orang ramai bersama Radio Era di Bukit Bintang secara ‘busking’.