Jadi Penganjur Himpunan Solidariti #JusticeForZara, Mahasiswa UMS Ditahan & Disiasat Bawah Akta Hasutan

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini melalui laporan Tawau Kini, seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bernama Abdul Qayyum kini telah ditahan oleh pihak berkuasa dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh salah seorang rakannya, di mana ia berlaku pada malam 22 Ogos lalu.

image is not available

Difahamkan, Abdul Qayyum merupakan salah seorang penganjur untuk himpunan solidariti Justice For Zara pertama di Gaya Street, di mana kini sudah menjadi satu gelombang besar di seluruh negara.

Kebanyakan netizen yang mengetahui perkara tersebut meminta agar mahasiswa tersebut tidak perlu gentar kerana ramai yang akan membantunya.

image is not available

Namun begitu, difahamkan pelajar berkenaan telah pun dibebaskan oleh pihak berkuasa selepas hampir 5 jam dalam penahanan.

image is not available 2025-08-25 10:47:58

Emosi Pelajar SMKA TDML Terganggu, Guru Tampil Bersuara - "Kereta Lalu Lalang Jerit 'Pembuli' & 'Pembunuh', Inikah Suara Keadilan?"