Lelaki Ditahan Buat Ciapan Hasutan Di X, Dakwa Malaysia Bakal Dikuasai Ekstremis

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 8:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membuat ciapan berunsur hasutan di aplikasi X yang mendakwa Malaysia bakal diambil alih oleh golongan ekstremis serta akan berlaku revolusi.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 JSJ selepas ciapan berkenaan dikesan tular di media sosial.

image is not available

Foto: Harian Metro

Menurutnya, hasil permohonan reman di mahkamah hari ini, suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Ciapan tersebut jelas berunsur hasutan kerana mendakwa Malaysia akan dikuasai ekstremis dan revolusi bakal berlaku, yang sekaligus boleh menimbulkan kebimbangan serta kegentaran awam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Datuk M Kumar turut memberi amaran bahawa polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang membuat kenyataan berbaur hasutan atau menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

image is not available

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil bagi memastikan keharmonian dan keselamatan rakyat terus terjamin,” tegasnya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)