Jadi sombong bukan niat saya – Tya Arifin

EntertainmentLifestyle
6 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jadi sombong bukan niat saya – Tya Arifin

“Betulkah Tya sombong?”

Berikut pertanyaan sesetengah orang yang berpandangan bekas pelakon Indonesia dan usahawan, Tya Arifin seorang yang sombong.

Jelas pemilik nama sebenar Nurtria Wulandri  Arifin, dia tidak pernah sombong kerana dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.

“Sejujurnya, dari dalam hati saya, saya tak pernah berniat macam itu kerana saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.

“Permulaan saya tak mudah dan masih jauh. Jadi untuk menjadi sombong itu bukan niat saya,” jelasnya dalam Thread.

Pelakon asal Palembang Indonesia itu memohon maaf jika ada peminat yang beranggapan dirinya sombong

“Saya nak minta maaf kepada anda yang pernah rasa Tya tak mesra atau sombong masa itu,” ujarnya.

Terdahulu, Tya mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Asyraf Khalid yang merupakan anak tiri Bidunita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa yang berusia 9 tahun, Azzahra Jiwa (7 tahun) dan Aghnia Jiwa (2 tahun). – UTUSAN

The post Jadi sombong bukan niat saya – Tya Arifin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved