Rumusan Artikel
Tya Ariffin memohon maaf kepada individu yang pernah mempunyai pengalaman kurang baik ketika berinteraksi dengannya.
Dia menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah berniat untuk bersikap sombong atau kurang mesra.
Tya berkata masalah rabun jauh menyebabkan dia mungkin tidak menyedari kewujudan atau tidak membalas senyuman sesetengah individu.
Tya mengakui dirinya masih banyak kekurangan dan berjanji untuk terus memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Usahawan dan personaliti media sosial, Tya Ariffin, tampil memohon maaf kepada mana-mana individu yang mungkin mempunyai pengalaman kurang baik ketika berinteraksi dengannya.
Menerusi hantaran di Threads, Tya berkata dia tidak pernah berniat untuk bersikap sombong atau kurang mesra apabila bertemu orang ramai.

Penjelasan Tya Ariffin
Menurut Tya, masalah rabun jauh yang dialaminya juga mungkin menyebabkan dia tidak menyedari kehadiran sesetengah individu atau tidak membalas senyuman ketika berada di tempat awam.
“Kalau saya tak pakai kaca mata atau tak balas senyuman kalian, I’m so sorry. Memang saya tak nampak sebab saya rabun jauh.”
Tya turut mengakui dirinya seorang yang introvert dan tidak begitu pandai berkawan, malah mempunyai bilangan rakan yang tidak ramai sejak zaman persekolahan.
Pengalaman Peminat Ketika Berjumpa Dengan Tya Ariffin

“Saya sebenarnya orang yang introvert, tak begitu pandai berkawan. Kawan boleh hitung jari dari masa sekolah sampai hari ini.”
“Untuk kalian yang personally kenal saya, insya-Allah boleh tahu saya macam mana.”
Dalam pada itu, Tya mengakui dirinya masih mempunyai banyak perkara untuk dipelajari dan berjanji akan terus memperbaiki diri.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Harga Saya Bukan Sebab Artis” - Shima Anuar Pertahan Harga Kek RM150, Dakwa Guna Bahan Berkualiti Tinggi
The post “Kau Pun Orang Kenal Sebab Menantu Siti…” – Tya Ariffin Mohon Maaf Jika Pernah Dianggap Sombong, Beri Alasan Rabun Jauh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




