‘Jadikan sambutan Hari Kemerdekaan satu tradisi’

LocalPolitics
2 Sep 2024 • 12:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Semua lapisan masyarakat, khususnya ibu bapa seharusnya menjadikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Bulan Kebangsaan sebagai satu tradisi atau kebiasaan dalam keluarga.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, sambutan hari istimewa ini adalah platform untuk menyemai semangat cintakan negara di kalangan masyarakat.

Katanya, melalui sambutan ini, kita akan dapat merasai nikmat sebuah negara yang merdeka dan ianya akan menyemarakkan semangat untuk mempertahankan kemerdekaan itu.

“Jadikan sambutan kemerdekaan, sama ada sambutan kecil-kecilan atau besar-besaran sebagai satu tradisi yang akan kita lakukan setiap tahun agar anak-anak dapat menghayati makna kemerdekaan serta meneruskan tradisi ini pada masa akan datang,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Mizma berkata demikian pada Malam Ambang Merdeka di Pentas Uptown Belia, Bandar Sri Perdana, pada Jumaat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada malam sambutan Hari Kemerdekaan tersebut ialah Pertandingan Tarian Igal-Igal dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik.

Menurut Mizma, meskipun usaha yang kita lakukan untuk menanamkan semangat cintakan negara itu kecil, tetapi ianya akan memberi impak dalam memelihara kemerdekaan negara kita.

Katanya, usaha menyemai semangat patriotik ini seharusnya bermula dari rumah dan adalah lebih baik pada peringkat kanak-kanak.

Ibu bapa boleh menerapkan semangat ini dengan membawa mereka bersama merayakan sambutan kemerdekaan, menggalakkan penglibatan anak-anak dalam aktiviti kemerdekaan serta menyampaikan cerita mengenai tokoh-tokoh negara.

“Apabila anak-anak datang bersama pada sambutan kemerdekaan, ianya pasti menjadi satu pengalaman yang tertanam dalam ingatan mereka.

“Tradisi ini bukan sahaja dapat menyemai semangat cintakan negara tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.