“Penghormatan bernilai” – Altimet Bangga Lagu ‘Negaraku’ Dinyanyikan Pelajar SJKC

Entertainment
1 Sep 2024 • 1:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih terasa kehangatan Hari Kebangsaan yang disambut 31 Ogos setiap tahun. Menjadi tarikh keramat untuk segenap rakyat, pelbagai cara dan peringkat kita menyambut hari kemerdekaan.

Ada satu video yang menjadi perhatian ramai ketika sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Dalam video tersebut, beberapa orang pelajar dari Sekolah Jenis Kebangasaan China (SJKC) menyanyikan lagu Negaraku, nyanyian asal Altimet, Joe Flizzow, SonaOne dan Faizal Tahir.

Korang boleh tengok nyanyian tu dalam video @jmiin di bawah.

Penghormatan bernilai

Turut terkesan dengan persembahan dari pelajar-pelajar SJKC itu, salah seorang penyanyi asal lagu itu turut memberikan komen beliau. Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad merasa sangat terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar itu.

image is not available

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu berkata demikian menerusi hantaran di X beliau @altimet.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.