Jadual STAM 2026 – Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

7 Sep 2026 • 3:29 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2026 dijadualkan berlangsung dari 12 Oktober hingga 2 November 2026.

Calon dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan Kod Kertas dan Waktu Peperiksaan (Sesi Pagi atau Sesi Petang) bagi mengelakkan sebarang kesilapan kehadiran.

Rujuk Jadual STAM 2026 di bawah.

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)?

Sijil Tinggi Agama Malaysi (STAM) mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar.

Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Pendidikan Agama, Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan salah satu Peperiksaan Awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke Universiti Awam di Malaysia.

Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.

Bila Tarikh STAM 2026?

Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 dijadualkan berlangsung dari 12 Oktober hingga 2 November 2026.

Jadual Peperiksaan STAM 2026

Berikut merupakan jadual rasmi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2026 yang merangkumi jenis subjek, tarikh dan masa peperiksaan dijalankan.

Image from: Jadual STAM 2026 – Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS STAM 2026

ISNIN 12 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 9:15 pagi | TAUHID DAN MANTIQ Kertas 1
  • 10:00 pagi – 12:30 tengah hari | TAUHID DAN MANTIQ Kertas 2

SELASA 13 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 9:15 pagi | FIQH Kertas 1
  • 10:00 pagi – 12:30 tengah hari | FIQH Kertas 2

RABU 14 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 10:30 pagi | ‘ARUDH DAN QAFIYAH

ISNIN 19 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 9:15 pagi | NAHU DAN SARF Kertas 1
  • 10:00 pagi – 12:30 tengah hari | NAHU DAN SARF Kertas 2

SELASA 20 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 10:30 pagi | HIFZ AL-QURAN DAN TAJWID

RABU 21 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 10:30 pagi | HADITH DAN MUSTOLAH

ISNIN 26 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 10:30 pagi | ADAB DAN NUSUS

SELASA 27 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 10:30 pagi | BALAGHAH

RABU 28 OKTOBER 2026

  • 8:00 pagi – 9:15 pagi | TAFSIR DAN ULUMUHU Kertas 1
  • 10:00 pagi – 12:30 tengah hari | TAFSIR DAN ULUMUHU Kertas 2

ISNIN 2 NOVEMBER 2026

  • 8:00 pagi – 10:30 pagi | INSYA’ DAN MUTALA’AH

Image from: Jadual STAM 2026 – Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Image from: Jadual STAM 2026 – Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Masa Tambahan Calon Bekeperluan Pendidikan Khas

Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan Bertulis.

Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan pendidikan khas iaitu Kategori A dan Kategori B.

Kategori A: Calon Masalah Pembelajaran, Kurang Upaya Penglihatan (Buta), Kurang Upaya Penglihatan (Rabun), Kurang Upaya Pelbagai dan Kurang Upaya Fizikal.

  • Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
  • Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu PeperiksaanMasa tambahan yang diberi
1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit30 minit
Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit1 jam
Lebih 2 jam 30 minit1 jam 30 minit

Kategori B: Calon Kurang Upaya Pendengaran/Kurang Upaya Pertuturan

Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu PeperiksaanMasa tambahan yang diberi
1 jam15 minit
1 jam 15 minit20 minit
1 jam 30 minit25 minit
1 jam 45 minit30 minit
2 jam30 minit
2 jam 15 minit35 minit
2 jam 30 minit40 minit
3 jam45 minit

Arahan Umum Kepada Calon

Calon yang menduduki peperiksaan STAM 2026 di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, kertas peperiksaan, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan
    beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor).
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.
  10. Membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas peperiksaan/petugas pemeriksaan.

Nasihat KPM Kepada Calon STAM 2026

  • Calon dinasihatkan merujuk jadual waktu peperiksaan STAM 2026 untuk mengetahui tarikh, masa, kod dan nama setiap kertas peperiksaan.
  • Jadual rasmi STAM 2026 boleh dimuat turun melalui portal Lembaga Peperiksaan (LP): lp.moe.gov.my.
  • Calon perlu mematuhi semua arahan yang ditetapkan oleh pihak KPM dan pengawas peperiksaan di pusat masing-masing.
  • Pastikan calon membawa dokumen pengenalan diri (kad pengenalan/pasport) dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan semasa hadir ke pusat peperiksaan.
  • Calon hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan peperiksaan bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan.
  • KPM menegaskan pihaknya sentiasa cakna terhadap keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan, terutama dalam menghadapi situasi seperti bencana atau penularan penyakit berjangkit (Influenza-Like Illness – ILI).
  • Langkah kesiapsiagaan dan mekanisme tindakan sewajarnya telah disediakan melalui kerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan teratur.
  • Calon yang terjejas akibat bencana perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing, atau menghubungi bilik gerakan LP atau JPN bagi mendapatkan bantuan lanjut.

Selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026!

Muat Turun PDF Jadual STAM 2026

Anda boleh muat turun Jadual STAM 2026 di bawah untuk rujukan lanjut;

JWP_STAM_2026_18_OGOS_2026Download

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Jadual STAM 2026

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut dan info terkini, sila rujuk:

Bilakah peperiksaan bertulis STAM 2026 akan bermula dan berakhir?

Peperiksaan bertulis bermula pada 12 Oktober 2026 (Isnin) dan berakhir pada 2 November 2026 (Isnin).

Di manakah saya boleh memuat turun Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2026 yang rasmi?

Anda boleh memuat turun dokumen PDF rasmi terus daripada laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.

Pukul berapakah calon peperiksaan STAM perlu berada di dewan peperiksaan?

Bagi sesi pagi, calon mesti hadir di dewan pada jam 7:45 pagi. Bagi sesi kedua (tengah hari/petang), calon mesti hadir pada jam 9:45 pagi.

Mengapakah ada subjek yang mempunyai dua kertas peperiksaan pada hari yang sama?

Subjek seperti Tauhid dan Mantiq, Fiqh, Nahu dan Sarf, serta Tafsir dan Ulumuhu dipecahkan kepada Kertas 1 (Sesi Pagi) dan Kertas 2 (Sesi Tengah Hari) untuk menguji aspek pemformatan yang berbeza (objektif dan subjektif).

Bagaimana cara untuk saya mengetahui lokasi pusat peperiksaan dan nombor angka giliran saya?

Calon boleh menyemak dan mencetak Slip Pendaftaran / Slip Meja masing-masing secara dalam talian melalui portal SBPPA KPM apabila sistem dibuka oleh pihak KPM kelak.

Apakah dokumen yang wajib dibawa oleh calon ke dewan peperiksaan

Calon wajib membawa Kad Pengenalan (MyKad) dan Slip Meja Peperiksaan yang telah dicetak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved