TAWARAN SUKARELAWAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2026 DIBUKA MULAI 30 OGOS 2026! Permohonan dibuka secara online melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan iaitu di pautan https://elp.moe.gov.my
Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun yang memenuhi syarat dan berminat menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2026 ini, bolehlah memohon.
Rujuk info sepenuhnya di bawah.

Pengenalan
Selaras dengan tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM dan sebagai usaha mengatasi beban tugas guru, pelantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam diteruskan bagi peperiksaan SIJIL PERLAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2026.
Seperti yang dijadualkan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM mulai 23 November 2026.
Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:
- Prinsip : Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
- Elaun : Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;
- Tugas : Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja
- Lantikan : Lantikan adalah tertakluk kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan

Tempoh Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2026
Permohonan kini dibuka bermula pada 30 Ogos 2026 sehingga 28 September 2026 secara online melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan iaitu di pautan https://elp.moe.gov.my
Tugas Pengawas Peperiksaan SPM
Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.
Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :
- Berumur 18 – 65 tahun
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
- Bebas daripada sebarang rekod jenayah atau tindakan mahkamah
- Tinggal dalam daerah yang sama (tidak lebih 25KM sehala)
- Mempunyai kenderaan sendiri

Cara Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2026
Kaedah permohonan adalah seperti berikut:
- Permohonan melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/
- Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.


Cara Memohon:
- Klik pada PAUTAN https://elp.moe.gov.my/auth/login
- Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu
- Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
- Isi Maklumat Diri
Rujuk video berikut:
Semakan Keputusan & Prosedur Penerimaan Pengawas Peperiksaan SPM 2026
Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
Tak tahu nak pakai baju apa yang sesuai sebagai Pengawas Peperiksaan? Shopee menawarkan Shopee Fashion Markdown, pakaian serendah RM9.90 bermula jam 12.00pm hingga 2.00pm setiap hari.
Tarikh & Jadual SPM 2026
Tarikh dan jadual SPM 2025 telah diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Sila rujuk di sini untuk lampiran penuh.
JWP SPM 2026 18 OGOS 2026-4DownloadMaklumat Lanjut Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2026
Bilakah tarikh dan masa bertugas pengawas peperiksaan SPM 2026?Pengawas peperiksaan SPM 2026 akan bertugas mulai 23 November – 17 Disember 2026
(mengikut jadual rasmi peperiksaan)
Permohonan dibuka mulai 30 Ogos 2026 sehingga 28 September 2026
Bagaimanakah cara Memohon pengawas peperiksaan SPM 2026?Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmihttps://elp.moe.gov.my
Menjadi pengawas peperiksaan SPM 2026 bukan sahaja memberi pengalaman berharga dalam mengurus peperiksaan besar negara, malah ia juga satu bentuk sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Dengan elaun harian dan bayaran perjalanan, ia juga mampu menambah pendapatan sampingan.
Adakah elaun dibayar harian atau bulanan?Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas, biasanya selepas tamat tempoh peperiksaan.
Adakah pelajar universiti semester 1 layak memohon?Ya, asalkan berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat lain.
Siapa yang Layak Memohon?Tawaran ini terbuka kepada:
Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)
Lepasan Asasi/Matrikulasi
Kakitangan Bukan Kerajaan
Pesara Kerajaan/Swasta
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2026, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/home/main
- Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi
- Kementerian Pendidikan Malaysia
Baca juga: Jadual SPM 2026 – Tarikh & Subjek (Lembaga Peperiksaan Malaysia)






