
KOTA MARUDU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) meminta anak-anak menjaga sikap serta adab masing-masing bagi mengelakkan nama baik keluarga tercemar.
Isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang di-pertua Mutiara GRS Datin Seri Juliah Salag berkata ketinggian adab turut ditekankan agar tidak menyakiti atau menyentuh sensitiviti orang lain.
“Sebagai ibu kita pastinya berharap agar anak-anak di luar sana sentiasa menjaga tingkah laku demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Apabila mendengar masalah-masalah buli sudah tentu kita berharap perkara sama tidak berulang kembali di mana-mana asrama khususnya sekolah.
“Oleh itu saya akan mempertimbangkan kerjasama antara Mutiara GRS, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Pendidikan dalam usaha menangani kes buli di sekolah,” katanya.
Juliah berkata demikian ketika ditemui media sempena Program Santuni Kasih: Teknologi dan Nilai Kemanusiaan sempena pelancaran kempen kesedaran kanser reproduktif wanita (WCare) Peringkat Daerah Kota Marudu di Dewan PPR Jaya, Kerongkom pada Rabu.
Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri yang juga Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda, Pengarah LPPKN Negeri Sabah Shahriah Saharom, Pegawai Daerah Kota Marudu Meirin Sugara dan Ketua Polis Kota Marudu Superintendan Simiun Lomudin.
Dalam majlis terbabit Juliah menyampaikan sijil penyertaan kepada seramai 50 orang peserta manakala Redonah selaku penganjur program menyumbangkan bakul makanan kepada 100 orang penerima.
Sementara itu Juliah menyatakan Kota Marudu merupakan daerah atau kawasan yang ke-24 dikunjungi Mutiara GRS Bersama dengan LPPKN sejak 2021 demi melaksanakan tanggungjawab sosial kepada penduduk dalam usaha kesedaran pengutamaan kesihatan berkaitan kanser khususnya buat wanita.



