“Jaga Ikhtilat”- Pusat Beli Belah Di Kelantan Asingkan Kaunter Ikut Jantina Raih Perhatian Ramai [Video]

24 Jul 2024 • 10:25 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pada masa kini, kebanyakan pusat beli belah sememangnya banyak menyediakan kemudahan khusus buat pengunjung.

Antara yang biasa dilihat adalah apabila ada lampu dipasang pada kotak parkir sebagai tanda sama ada parkir itu telah diisi atau sebaliknya.

Ada juga yang turut menyediakan kota parkir khas khusus buat pelanggan yang datang bersama keluarga, ibu mengandung dan wanita yang memandu sendirian.

Bagi perkhidmatan kaunter pula, kebanyakan pusat beli belah hanya menyediakan kaunter khusus mengikut bilangan barang yang dibeli atau jenis pembayaran yang dibuat sama ada menggunakan tunai, kad atau e-wallet.

Sediakan Kaunter Khas Khusus Ikut Kategori

Namun, berbeza pula dengan sebuah pusat beli belah di Kelantan apabila kaunter pembayaran diasingkan mengikut jantina.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di akaun TikTok @yepponurul, kelihatan dia sedang berkunjung ke Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang menjadi perhatian adalah kaunter pembayarannya yang diasingkan mengikut jantina.

Melalui video tersebut, terdapat papan tanda yang menunjukkan kaunter itu khusus untuk lelaki dan wanita malah ada juga yang dikhaskan untuk keluarga.

Malah, pekerja yang menjaga kaunter tersebut juga sama mengikut jantina yang ditetapkan.

Situasi berkenaan nyata mengejutkan pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nurul itu. Sebagai orang yang tinggal di luar Kelantan, dia teruja melihat keadaan sedemikian.

“Kita raikan kelainan dan kebaikan ye,” tulis Nurul menerusi ruang kapsyen.

Kebanyakan Pusat Beli Belah Di Kelantan Asingkan Kaunter Ikut Jantina

Mengintai ke ruangan komen, ada pengguna TikTok yang dipercayai berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu turut berkongsi kisah pusat beli-belah lain di negeri itu.

Ada pengguna yang menyatakan bukan sahaja Aeon malah pusat beli belah seperti Lotus dan Mydin juga turut mempraktikkan perkara yang sama.

Namun, ada segelintir yang menyatakan keadaan itu kadang-kala tidak dipatuhi oleh setengah pelanggan khususnya ketika waktu puncak.

@yepponurul

Aeon belah KL Selangor kurang menjaga ikhtilat sikek wak 😆. Main bantai je memana cashier available sebab kau tu tak sabau nak beratur panjang. Kita raikan kelainan dan kebaikan ya 😂

♬ Dari planet lain – Sal Priadi

Pengguna Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat tontonan lebih daripada 300 ribu itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok kagum melihat inisiatif yang dibuat oleh pihak Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan yang mengasingkan kaunter mengikut jantina.

Ini kerana pengguna khususnya dari golongan wanita berpendapat keadaan itu memudahkan urusan mereka terutamanya ketika membeli barangan wanita.

Tidak kurang juga yang memuji namun mereka mengharapkan agar kaunter yang dibuka tidaklah hanya terhad kepada satu kaunter sahaja.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Sebagai Orang Luar, Aku Agak Terkesima & Menarik Perhatian Tapi Aku Enjoy Raikan Kelainan”

image is not available

“First Time Masuk Mall Ni, Terkejut Kita”

image is not available

“Bagus Juga Macam Ni, Especially Waktu Beli Barang Perempuan”

image is not available

“Okay Macam Ni, Asalkan Kaunter Banyak Buka”

image is not available

“Waktu Hari Normal Je, Kalau Waktu Puncak, Memang Tak Ikut Dah”

image is not available

Source: