Jaga Silaturahim, Netizen Puji BCL & Suami Sambut Hari Lahir Bapa Arwah Ashraf Sinclair – “Salute Dengan Tiko Ni..”

EntertainmentLifestyle
7 Jul 2025 • 10:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun sudah berkahwin dengan jejaka lain, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL masih menjaga hubungan baik dengan keluarga arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Malah bukan hanya BCL tetapi juga suaminya kini, Tiko Aryawardhana juga turut mempunyai hubungan yang baik dan menjaga silaturahim dengan keluarga Sinclair.

Pasangan itu meraih perhatian dan dipuji kerana menyambut hari lahir bapa Almarhum Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair di Indonesia baru-baru ini.

BCL turut berkongsi momen indah tersebut di Instagram dengan memuat naik beberapa gambar serta video ketika sambutan hari lahir itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Ramai netizen dari Malaysia dan Indonesia memuji BCL dan Tiko kerana menyantuni kedua ibu bapa Ashraf serta turut senang hati melihat keluarga arwah juga menerima Tiko dengan begitu baik.

Netizen juga kagum dengan pasangan yang di awal perkahwinan mempunyai kontroversi itu kerana ada hal baik yang mereka tunjukkan serta boleh dijadikan inspirasi iaitu menjaga silaturahim dan saling menghormati.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sudah tentu hubungan baik ini akan berkekalan kerana anak BCL dan arwah Ashraf iaitu Noah merupakan cucu kepada pasangan Sinclair.

Ibu bapa arwah Ashraf juga memang sering ke Jakarta, Indonesia untuk melawat kubur anak mereka sekaligus berjumpa BCL dan cucu mereka.

image is not available 10 months ago

"Selamat Hari Lahir Di Syurga, Terlalu Banyak Yang.." - Ucapan BCL Buat Allahyarham Ashraf Sinclair Runtun Hati Peminat