JAIS syor turunkan hantaran berkaitan Aliff Daniel di media sosial

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 8:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JAIS syor turunkan hantaran berkaitan Aliff Daniel di media sosial
Shahzihan Ahmad

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesyorkan mana-mana hantaran berkaitan dengan Aliff Daniel Adli di media sosial agar diturunkan segera susulan individu itu telah dijatuhi hukuman dan telah membuat pengisytiharan taubat berhubung kesalahan syariahnya.

Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata syor berkenaan bagi memberi sokongan kepada lelaki itu dan keluarganya yang telah bertaubat dan ingin mengamalkan Islam yang sebenar tanpa jejak digital yang memberi gambaran buruk kepada mereka, pihak berkuasa agama, umat dan agama Islam.

"Mari kita bersama-sama bersangka baik sesama Islam, menjaga maruah saudara kita, saling menghormati dan bersama mewujudkan kesedaran melalui persekitaran yang mendukung kebaikan Aliff Daniel, keluarga dan umat Islam seluruhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 5 November lepas, Aliff Daniel, 21, bersama-sama ibu, Rohizayanti Ramli, 52, serta adik perempuannya, Nur Ranea Ezreen, 19, melafazkan taubat secara terbuka menerusi Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) di hadapan tiga saksi utama.

Ketiga-tiga beranak itu membuat pengisytiharan dan ikrar taubat secara terbuka pada 2.40 petang di hadapan Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS Datin Paduka Dr Khadijah Khambali@Hambali.

Sebelum itu, pada 4 November, Aliff Daniel diarah menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

Hakim Syarie Mohd Faizal Habib memutuskan demikian selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah dengan menyertai ritual agama lain (menjunjung alat keagamaan, mencucuk anggota badan dan berlutut di hadapan patung di sebuah kuil di Batu Caves pada 24 Jan 2024.

Aliff Daniel didakwa di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 54(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved