Sertai Ritual Agama Lain, Pelakon Drama Bidaah & Walid Taubat Nasuha Bersama Abang Dan Ibu

EntertainmentLifestyle
6 Nov 2026 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan penyanyi Nur Ranea Ezreen Adli, 19, bersama abangnya, Aliff Daniel Adli, 21, serta ibu mereka, Rohizayanti Ramli, 52, tampil melakukan pengisytiharan taubat secara terbuka atau istitabah di Shah Alam, semalam.

Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) itu dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Advertisement

d

Majlis berkenaan disaksikan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini serta Pengerusi Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS, Datin Paduka Dr Khadijah Khambali@Hambali.

Nur Ranea Akui Kesal Tidak Beri Teguran Kepada Abang

Dalam pengisytiharan tersebut, Nur Ranea mengakui kekurangan dirinya sebagai seorang adik kerana tidak memberikan teguran, nasihat dan sokongan yang sewajarnya kepada Aliff.

Beliau turut menyatakan rasa kesal terhadap apa yang berlaku serta berazam untuk memperkukuh pengetahuan agama dan membantu proses pemulihan abangnya menerusi pendekatan kasih sayang.

“Saya dengan penuh rasa sesal dan rendah diri mengakui di atas segala bentuk kekhilafan, kelalaian, mahupun kelemahan saya sebagai seorang adik dalam menjaga kemurnian institusi kekeluargaan, sehingga abang kandung saya telah terjebak, terpengaruh dan terlibat dalam aktiviti ritual serta amalan yang nyata menyeleweng.”

Aliff Daniel Lafaz Syahadah Dan Ikrar Kembali Ke Pangkal Jalan

Aliff pula mengakui pernah menyertai ritual keagamaan selain Islam yang bertentangan dengan pegangan agamanya.

Dalam majlis itu, dia melafazkan syahadah serta berikrar untuk mendalami dan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan ilmu yang benar.

Aliff turut mengakui pernah melakukan ritual agama Hindu dan Buddha di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Thailand.

Sebelum ini, Aliff diperintahkan menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah di sebuah kuil di Batu Caves pada Januari 2024.

Ibu Turut Akui Kekhilafan Dalam Membimbing Anak

Rohizayanti turut melakukan pengisytiharan taubat dan mengakui kekhilafannya dalam membimbing Aliff, termasuk kekurangan ilmu agama serta kelemahan memantau pergaulan dan persekitaran anak.

View this post on Instagram

Beliau berikrar untuk menghadiri kelas pengajian agama yang sahih serta bekerjasama dengan pihak berkuasa agama bagi membantu proses pemulihan Aliff.

Majlis tersebut menyaksikan ketiga-tiga mereka tampil bersama dan beberapa kali dilihat sebak serta mengalirkan air mata sepanjang proses pengisytiharan.

Pengisytiharan taubat itu berlangsung sehari selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memerintahkan Aliff menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

j2026-11-04 13:55:28

Disindir Perkahwinan Baru Tak Bertahan Lama, Dr Fie Beri Respon - "Doa Yang Baik-Baik Je Lah.."

The post Sertai Ritual Agama Lain, Pelakon Drama Bidaah & Walid Taubat Nasuha Bersama Abang Dan Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved