Jakel jamin nasib 500 pekerja terbela, terima gaji seperti biasa

1 Jan 2023 • 3:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 1 JAN: Pemilik gedung tekstil terkemuka Jakel memberi jaminan 500 kakitangan cawangan Shah Alam di Seksyen 7, di sini tetap menerima gaji seperti biasa.

Ketua Pegawai Operasinya berkata nasib pekerja tetap menjadi keutamaan biarpun gedung jual beli itu 80 peratus musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

image is not available
Ketua Pegawai Operasi Jakel Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel . Foto jakeldevelopment.com

“Kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang ditanggung namun kerugian kali ini amat besar apabila barang yang disimpan di setiap lima aras bangunan boleh dikatakan musnah,” kata Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel seperti dilapor Sinar Harian.

“Saya dan adik bergegas ke Shah Alam dan sebaik tiba di lokasi kami melihat keadaan kemusnahan bangunan agak teruk dan tidak sempat hendak selamatkan apa-apa di bahagian berkenaan.

“Kami reda dengan ketentuan Ilahi kerana setiap perkara berlaku ada kebaikan akan datang, rahsia itu tiada siapa tahu, jadi saya pasrah dan reda.”

Beliau yang menerima panggilan pada 6.45 pagi bagaimanapun bersyukur gedung pakaian itu belum memulakan operasi dan tiada pekerja dalam bangunan ketika kejadian berlaku.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemadaman masih lagi dijalankan setakat jam 12.00 tengah hari tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved