Jalan Batu Arang-Tasik Puteri kini bawah kerajaan, naik taraf dijangka siap November

30 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jalan Batu Arang-Tasik Puteri kini bawah kerajaan, naik taraf dijangka siap November

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jalan sepanjang kira-kira satu kilometer yang menghubungkan Batu Arang ke Tasik Puteri melalui Jalan Lembah Hijau kini didaftarkan secara rasmi dalam sistem MyInfra Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pendaftaran itu sekali gus meletakkan jalan berkenaan di bawah kerajaan dengan urusan pengurusan serta pembaikan menjadi tanggungjawab pihak kerajaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat berkata pendaftaran tersebut membolehkan kerja menaik taraf laluan berkenaan dilaksanakan.

“JKR memperuntukkan kira-kira RM700,000 untuk kerja Mill dan Pave, iaitu bagi mengikis dan menurap semula jalan serta memasang lampu jalan solar di sepanjang laluan tersebut.

“Jika semuanya berjalan mengikut jadual, kerja naik taraf ini dijangka siap November ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Wei Kiat berkata selepas kerja menaik taraf selesai, jalan berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi tujuan penyelenggaraan seterusnya.

Tambahnya, penyelesaian bagi isu berkenaan sememangnya mengambil masa kerana melibatkan beberapa peringkat termasuk penentuan status jalan, pendaftaran rasmi, usaha mendapatkan peruntukan sehingga kerja fizikal yang akan dimulakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved