Jalan Batu Rakit mampu bertahan cuaca ekstrem

24 Oct 2026 • 8:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jalan Batu Rakit mampu bertahan cuaca ekstrem

KUALA NERUS – Kerja-kerja membaik pulih Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot–Batu Rakit berhampiran Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, yang runtuh akibat hakisan pantai lebih setahun lalu hampir siap dan dijangka boleh dibuka semula pada akhir bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, kerja-kerja pembaikan kini sudah mencapai kemajuan 90 peratus.

“Baki kerja-kerja pembaikan kini memberi tumpuan diberikan kepada penyediaan permukaan jalan sebelum turapan dilakukan.

“Sebelum ini, proses pemulihan jalan itu (yang runtuh tahun lalu) dilaksanakan secara berpe­ringkat bagi memastikan ia dapat digunakan semula dengan lebih selamat dan mampu bertahan dalam keadaan cuaca mencabar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Media melaporkan projek membaik pulih Jalan Mengabang Telipot – Batu Rakit berhampiran Kampung Tanjung di sini sejauh 280 meter yang hampir siap 99 peratus kembali mengalami ke­rosakan teruk akibat hakisan.

Hanafiah berkata, tempoh pelaksanaan projek itu mengambil masa kerana mengambil kira hasil kajian ombak bagi mengenal pasti keadaan dan pergerakan ombak di kawasan pantai berkenaan.

Ujarnya, hasil kajian tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya terlebih dahulu bagi menentukan kaedah pembinaan yang bersesuaian bagi membaik pulih laluan yang terjejas tersebut.

“Kerja-kerja pembaikan turut melibatkan pembinaan struktur perlindungan pantai bagi membantu mengurangkan kesan ombak terhadap kawasan itu.

“Ia kerana lokasi jalan yang terdedah secara langsung dengan pukulan ombak terutama sewaktu Monsun Timur Laut,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Tanjung, Mad Zuki Tahir, 61, pula lega apabila kerja-kerja membaik pulih jalan ber­kenaan hampir siap.

“Laluan itu amat penting kerana ia jalan utama menghubungkan perkampungan kami ke pusat bandar dan daerah lain,” ujarnya.

The post Jalan Batu Rakit mampu bertahan cuaca ekstrem appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved