Jalan Bukit Bintang Ditutup Malam Ini Sempena Anjuran Quranic Madani

8 May 2026 • 3:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Jalan Bukit Bintang Ditutup Malam Ini Sempena Anjuran Quranic Madani

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, penutupan Jalan Bukit Bintang dilakukan bersempena acara Rain Rave Water Music Festival. Namun kali ini, ia diadakan pula bersempena program Quranic Madani ‘Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang’ yang akan berlangsung pada malam ini (8 Mei). 

Program tersebut bermula jam 8.30 malam dan dijadualkan berakhir pada 11 malam di Jalan Bukit Bintang berhadapan Pavilion Kuala Lumpur. 

Memetik Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, penutupan jalan itu akan bermula seawal pukul 12 tengah malam, sehingga pukul 5 pagi esok (9 Mei).

Tujuannya adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan program selain menjamin keselamatan peserta dan pengguna jalan raya sekitar lokasi acara.

Penutupan & Lencongan Jalan Dilakukan Secara Berperingkat

Untuk info, penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa sepanjang program itu berlangsung. Jalan Bukit Bintang akan dibuka semula secara berperingkat selepas program tamat.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan laluan terlibat sepanjang tempoh program berlangsung dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. 

Pengguna jalan raya juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel atau perkhidmatan e-hailing bagi mengelakkan anda tersekat dalam trafik di kawasan ibu kota.