Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini

8 May 2026 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini

image.png

Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini sempena penganjuran program Quranic Madani ‘Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang’.

Program yang dijadual berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam itu akan diadakan di Jalan Bukit Bintang berhadapan Pavilion Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, penutupan Jalan Bukit Bintang akan bermula seawal pukul 12 tengah malam, hari ini, sehingga pukul 5 pagi, esok.

Menurutnya, ia bagi memastikan kelancaran perjalanan program selain menjamin keselamatan peserta dan pengguna jalan raya.

“Penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa sepanjang program berlangsung. Jalan akan dibuka semula secara berperingkat selepas tamat program tertakluk kepada keadaan trafik dan situasi semasa di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

SUMBER KOSMO.