Jalan-jalan boleh, ke sekolah takut jerebu

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jalan-jalan boleh, ke sekolah takut jerebu

BUKA tingkap bau asap dan mata pedih. Lebih teruk kesihatan mula terganggu, ada yang mula batuk dan sukar bernafas.

Kita berdepan dengan keadaan jerebu sejak pertengahan Ogos lalu, namun dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini kesannya lebih dirasai.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan sentiasa berubah-ubah, sebelah pagi berada pada tahap sederhana dan bertukar kepada sangat tidak sihat dengan pantas.

Bermula dengan bacaan IPU tidak sihat di Serian, Sarawak seterusnya meningkat kepada tahap bahaya dengan banyak sekolah ditutup.

Kemudian, jerebu merebak ke kawasan di Semenanjung bermula dengan Johan Setia di Klang. Bangunan pencakar langit juga diselebungi ‘asap kelabu’.

Dalam tempoh ini, segala pergerakan menjadi terhad, segelintir orang berkira-kira untuk keluar rumah termasuk menghantar anak ke sekolah kerana bimbang kesan terdedah terlalu lama dengan jerebu.

Namun ada juga yang tetap membawa ahli keluarga ke taman-taman dan bercuti di tempat menarik antaranya berkelah di sungai mahupun pantai.

Ada yang mengambil peluang di saat IPU berada pada tahap sederhana. Tidak betah lama-lama terkurung ibarat berada dalam zaman Covid-19.

Semua pun boleh dilakukan asalkan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan kesihatan berada pada tahap optimum. Tidak terlalu lama di luar rumah, minum air secukupnya dan memakai pelitup muka.

Tindakan segelintir pihak yang terus mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) yang tidak menutup sekolah berikutan jerebu, dikatakan tidak peka kesihatan pelajar adalah memualkan.

Garis panduan telah diberi, semua sekolah di dalam kawasan atau daerah terlibat dengan bacaan IPU melebihi 200 hendaklah ditutup dengan serta-merta.

Bagi kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah melibatkan murid perlu ditangguhkan.

Malah, KPM turut membenarkan ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya bimbang tentang masalah kesihatan, namun langkah itu perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah.

Kini tinggal ibu bapa membuat keputusan bijak. Bimbang keselamatan anak-anak, ‘rehatkan’ sementara mereka.

Jangan jadikan alasan tertinggal pelajaran, anak-anak boleh mengulang kaji di rumah dengan pemantauan anda. Setakat semalam, sebanyak 17 kawasan di Semenanjung berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU antara 101 hingga 200.

Fenomena jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut telah berlarutan dan menurut kerajaan Indonesia, kebakaran dijangka berlarutan sehingga awal November berikutan kelewatan musim hujan.

Kita ada lebih 10,000 buah sekolah, lebih 5 juta pelajar. Hari ini tutup, dua hari lagi buka, tutup semula bila IPU tinggi, apa jadi dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – KOSMO! ONLINE

The post Jalan-jalan boleh, ke sekolah takut jerebu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved