Jalan mula dibaiki Januari 14

LocalPolitics
14 Jan 2025 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Kerja-kerja pembaikan kerosakan struktur jalan persekutuan Jalan Kunak-Tawau, akan bermula hari ini (Selasa).

Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata pasukan penyelenggaraan (kontraktor) berjanji akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan bermula Selasa, dalam mesej teks beliau kepada Daily Express selepas akhbar ini menghantar maklumat berkaitan lokasi dan gambar keadaan struktur jalan raya itu yang rosak.

AdvertisementIni selepas ahli biro Parti Keadilan Rakyat (PKR) Djapri Kudosat pada Isnin mengetengahkan keadaan jalan raya yang semakin teruk di laluan KM5 hingga KM8 Jalan Kunak - Tawau.

Menurut Djapri, terdapat lebih 10 struktur jalan berlubang yang semakin teruk di laluan berkenaan dan mengundang risiko bahaya kepada pemandu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Gesaan sama daripada Presiden Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani dalam satu kenyataan berkata pihaknya turut menerima banyak aduan berkenaan jalan rosak, terutama jalan persekutuan di Kudat, Keningau dan Kunak, yang lewat diselenggara oleh pihak kontraktor.

Nordin berkata, sepatutnya tiada alasan untuk melewat-lewatkan kerja penyelenggaraan jalan raya apabila aduan awam diterima oleh pihak berkuasa yang berkenaan.