
KUNAK: Kerosakan struktur jalanraya di laluan persekutuan bermula di KM5 hingga KM8 Jalan Kunak - Tawau di sini sudah dibaiki pada petang Selasa.
Kerja-kerja perlaksanaan pembaikan laluan tersebut dijalankan oleh syarikat kontraktor bermula di KM5 Simpang Empat, sehingga KM8 berhampiran Kg Kadazan - laluan utama Jalan Kunak - Tawau.
AdvertisementMenteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya pada Isnin memberitahu Daily Express dalam satu mesej teks bahawa kerja-kerja pembaikan akan dilakukan bermula Selasa (hari ini).
Beliau memberi respon pantas selepas Harian Ekspres memberikan butiran lokasi dan gambar mengenai struktur jalanraya rosak di Kunak.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sebelum ini, ahli biro komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Djapri Kudosat di sini menggesa pihak berkenaan khususnya kontraktor yang dilantik menyelenggara jalan persekutuan agar membaiki lubang-lubang jalan yang dilihat semakin teruk dan boleh membahayakan pengguna jalanraya.



