Jalan Penghubung Sabah-Sarawak Bernilai RM 7 Bilion Buka Akses Baru, Tingkatkan Keselamatan

14 Dec 2024 • 5:01 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

RM7 Bilion untuk Jalan Penghubung Sabah-Sarawak bagi meningkatkan sambungan dan keselamatan jalan raya

Jalan Penghubung Sabah-Sarawak Bernilai RM 7 Bilion Buka Akses Baru, Tingkatkan Keselamatan. Projek Fasa Kedua Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) bernilai RM7 bilion dijangka membawa perubahan besar dalam meningkatkan sambungan antara Sarawak dan Sabah sambil memastikan jalan raya yang lebih selamat untuk pengguna.

Menurut laporan, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan bahawa projek ini melibatkan kerja-kerja penambahbaikan pada beberapa bahagian jalan yang memerlukan perhatian segera.

“Walaupun Laluan Merah (Red Line) pada asalnya berada dalam keadaan baik, selepas lapan tahun, terdapat bahagian tertentu yang kini memerlukan pembaikan,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Infrastruktur Borneo Kedua di Curtin University Malaysia, hari ini.

image is not available
Jalan Penghubung Sabah-Sarawak Bernilai RM 7 Bilion Buka Akses Baru, Tingkatkan Keselamatan. Gambar sekadar hiasan

Jalan Baru, Impak Besar

Projek Laluan Merah sepanjang 136 kilometer ini mendapat peruntukan sebanyak RM700 juta, dan beberapa lokasi pembinaannya dijangka siap menjelang tahun 2025.

Dato Sri Alexander Nanta, yang juga Ahli Parlimen Kapit, yakin bahawa projek ini akan memberikan manfaat besar kepada rakyat, terutamanya mereka yang bergantung pada jaringan jalan raya untuk pergerakan harian dan perdagangan.

“Namun, ada bahagian sepanjang laluan ini yang mungkin kelihatan berbeza kerana tidak termasuk dalam projek asal Lebuhraya Pan Borneo,” tambah beliau.

image is not available
Sumber gambar: Astro Awani

Fokus Pembangunan Infrastruktur Borneo

Projek SSLR bukan sahaja bertujuan menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar utama tetapi juga memberi akses yang lebih baik kepada pengguna jalan raya. Dengan jalan yang lebih moden dan selamat, ia turut membuka peluang pembangunan ekonomi di kawasan yang sebelum ini terpinggir.

Pendekatan ini menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan pembangunan infrastruktur yang inklusif, seterusnya merangsang pertumbuhan di kawasan Borneo secara keseluruhan.

Bagi pengguna jalan raya, projek ini diharap mampu memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, selesa, dan selamat. Sama-sama kita nantikan hasilnya!

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: