SAIC Motor, Kementerian Pengangkutan Meterai Kerjasama, Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya

LocalCars
9 Dec 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

SAIC Motor Malaysia memeterai kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.

Untuk itu, SAIC Motor Malaysia memeterai hasil kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam satu majlis khas, baru-baru ini.

Melalui komitmen ini, SAIC Motor Malaysia mahu membantu Malaysia meningkatkan standard keselamatan kenderaan.

image is not availableimage is not available

Syarikat turut menyokong inisiatif seperti ASEAN NCAP dan memastikan kenderaan yang dihasilkan memenuhi peraturan keselamatan antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, keselamatan sebenarnya bukan sekadar keutamaan tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.

“Jadi, SAIC Motor Malaysia berusaha untuk meningkatkan standard keselamatan kenderaan, dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju keselamatan jalan raya dan mobiliti mampan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved