Jalan putus di Ranau dijangka dibuka esok

12 Jan 2023 • 1:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Jalan putus di Kilometer 109.378, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, berhampiran Riverside Mart, di sini dijangka dibuka semula esok (13 Januari).

Ketua Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Alvonna Farhanah Jammy, bagaimanapun berkata laluan itu hanya dibuka untuk kenderaan ringan.

“Laluan ini juga dibuka kepada lori bawah 8 tan sahaja. Pembukaan laluan ini bagaimanapun tertakluk kepada keadaan cuaca semasa. “Bagi kenderaan seberat 8 tan ke atas, teruskan guna laluan alternatif Jalan Marak-Parak, Kota Marudu, buat masa ini,” katanya.

Menurut Alvonna, pada 18 Januari ini, jalan itu akan dibuka kepada semua jenis kenderaan termasuk kenderaan seberat 8 tan ke atas.

Sementara itu, perbualan netizen di Facebook menyatakan bahawa berdasarkan mekanik keadaan, jika banjir berlaku lagi, pembetung (kotak) yang dibina itu masih tidak mencukupi untuk isipadu air yang tinggi.

“Arus deras itu akhirnya akan menghanyutkan pembetung tersebut seperti yang berlaku sebelum ini. Sekurang-kurangnya mesti ada pembetung lebih besar, dan lebih banyak dipasang di lokasi ini,” menurut komen itu.

Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Jumain Abdul Ghani menjawab komen itu dengan menyatakan, “Seperti yang sedia maklum, ini jambatan sementara sambil menunggu jambatan kekal. Jadi gunakan ini dahulu.”

Difahamkan, pembetung kotak yang sedang dipasang itu akan dialihkan sebaik sahaja pembinaan jambatan bailey siap berhampiran kawasan itu.

Jambatan bailey itu kemudiannya akan bertindak sebagai lencongan, manakala satu lagi jambatan konkrit kekal akan dibina di tapak sekarang di mana pembetung kotak itu berada.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.