Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

30 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Your-paragraph-text---2026-08-30T081749.636.pngHarian Metro.

Laluan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mengalami kesesakan teruk sepanjang 20 kilometer berhampiran Kampung Lepan Jaya hari ini. Gangguan trafik dari sempadan Kampung Mentara ini berpunca daripada permukaan jalan rosak dan berlubang di kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU), menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan.

Pengguna jalan raya terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan kerosakan rim, tayar bocor, atau kemalangan.

Pemandu Terperangkap Hampir Tiga Jam

Rata-rata pengguna jalan raya berkenaan berkongsi pengalaman terperangkap hampir tiga jam dalam kesesakan bersama keluarganya.

Mereka dikatakan cuba menggunakan laluan alternatif melalui Kampung Mentara Lama ke Kampung Lepan Jaya turut terperangkap akibat masalah laluan rosak tersebut.

Difahamkan, wakaupun tidak melalui sempadan pintu masuk lebuh raya LTU Kuala Lipis, mereka tetap terperangkap kerana aliran kenderaan menjadi perlahan di kawasan jalan rosak.

Polis Sahkan Kesesakan Panjang 20 Kilometer

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan berlaku kesesakan aliran trafik sepanjang 20 kilometer bermula dari pintu masuk daerah berhampiran Kampung Mentara.

Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di kawasan lencongan projek pembinaan LTU, namun kembali lancar selepas melepasi lokasi terbabit.

Pihak polis kini giat memantau pergerakan kenderaan di laluan berkenaan dan menasihatkan semua pengguna jalan raya agar kekal bersabar serta bertolak-ansur.

SUMBER HARIAN METRO

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved