“Enggan terima rumah baru” – Kisah Gajah Sulong Tarik Perhatian Ramai, Dirakam Berjalan Sendirian Di Bahu Jalan

Environment
28 Aug 2026 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft sulong

Kisah gajah jantan yang dikenali sebagai Sulong kini menjadi tumpuan netizen di media sosial selepas tular videonya yang dipercayai menempuh perjalanan dari Gerik, Perak untuk pulang ke tempat asalnya di Chalil, Gua Musang, Kelantan.

Beberapa video yang tular itu memperlihatkan Sulong sedang berjalan bersendirian di bahu Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik – Jeli. Ia sekaligus mengundang rasa simpati ramai orang.

Menurut Kosmo!, Sulong dikatakan berasal dari Chalil dan sebelum ini telah dipindahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Gua Musang ke Gerik bagi mengelakkan konflik dengan penduduk termasuk gangguan terhadap tanaman.

Dalam pada itu, pihak Perhilitan juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa pemantauan berterusan harus dilakukan termasuklah mengambil tindakan mengiring gajah itu kembali ke dalam hutan tetapi Sulong kini dilihat kembali ke jalan raya.

@velvetvibe29

Lepas tahu kisah dia baru paham kenapa dia berjalan je…blik kelantan jmpa dia nak blik ke ipoh pown jmpa dia….semoga dprmudahkan urusan dia dan smoga pihak brtnggungjwab ambil tindakan segera #sulong #gerikjeli #perhilitan #fypppppppppppppp

♬ Ceritaku Ceritamu – Katyana & Nadhif Basalamah

Selain itu, Ahli Sosiologi, Dr. Norwaliza Abdul Wahab mengatakan bahawa gajah bukanlah sekadar haiwan besar yang kuat, tetapi haiwan itu mempunyai ingatan yang luar biasa sehingga mampu mengingati laluan, kawasan, sumber makanan dan tempat yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

“Walaupun sudah dihantar jauh, Sulong tetap cuba mencari jalan untuk kembali. Walaupun kaki luka, ia tetap melangkah agar dapat bersama dengan kawanannya semula.”

“Ini mengingatkan kita bahawa apabila memindahkan hidupan liar, kita bukan sekadar memindahkan seekor haiwan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.”

“Kita sedang membawa keluar seekor makhluk daripada habitat, laluan dan dunia yang sudah dikenali gajah itu.”

“Dalam proses pemindahan, pengendalian mesti dibuat dengan penuh berhati-hati,” katanya.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved