Jalan TAR ditutup untuk semua kenderaan, mari berjalan kaki di sana

29 Aug 2022 • 11:05 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggerakkan satu inisiatif ke arah menjadikan bandar raya itu lebih mesra pejalan kaki. Bermula 28 Ogos 2022, kira-kira 500 meter daripada Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) akan ditutup untuk semua kenderaan bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari ahad.

Lokasi khusus penutupan adalah bermula simpang Jalan Esfahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo, hingga ke simpang Jalan Melayu, berhampiran Masjid India sana.

image is not available

Sepanjang tempoh tersebut, DBKL membuka ruang itu untuk pelbagai aktiviti kesenian seperti busking, lukisan portret, hiasan inai, serta kiosk ruang rehat akan disediakan. Ruang permainan untuk kanak-kanak turut akan disediakan kepada pengunjung.

image is not available
Jalan Esfahan berhampiran Sogo

image is not available
Jalan Melayu berhampiran Masjid India

Sehubungan dengan itu, DBKL sangat menyarankan orang ramai yang ingin masuki ibu kota pada waktu hujung minggu untuk menggunakan pengangkutan awam seperti Bas GOKL dan LRT bagi melicinkan aliran trafik di sana.