Jalani Pemeriksaan Kesihatan, Nara Smith Dedah Anak Dua Tahun Hidap Kanser

Health & FitnessFamily & Parenting
2 Jul 2026 • 5:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung tahun lalu.

Nara yang mempunyai lebih 4.7 juta pengikut di Instagram berkongsi perkembangan itu menerusi sebuah video, sekali gus membuka kisah peribadi keluarganya yang berdepan ujian besar apabila keadaan kesihatan anaknya mula mencurigakan sebelum dibawa mendapatkan rawatan.

Image from: Jalani Pemeriksaan Kesihatan, Nara Smith Dedah Anak Dua Tahun Hidap Kanser

Menurutnya, tanda awal dikesan apabila mereka menyedari sesuatu yang tidak normal pada tubuh Whimsey sebelum membawanya ke unit kecemasan untuk pemeriksaan lanjut.

“Apabila kami melihat sesuatu yang mencurigakan padanya, kami membawanya ke unit kecemasan, namun mereka tidak begitu pasti mengenainya.
“Apabila kami membawanya berjumpa pakar pediatrik, saya masih ingat beliau tiba-tiba menjadi sangat tenang,” kongsinya.

Image from: Jalani Pemeriksaan Kesihatan, Nara Smith Dedah Anak Dua Tahun Hidap Kanser

Nara berkata, detik itu memberi kesan mendalam kepadanya sebagai seorang ibu apabila naluri awalnya merasakan sesuatu yang serius sedang berlaku.

“Hati saya seolah-olah jatuh ketika itu. Saya tidak tahu sama ada ia naluri saya atau naluri seorang ibu, tetapi perkara pertama yang saya rasakan ialah dia menghidap kanser,” ujarnya.

Susulan itu, Whimsey menjalani beberapa pemeriksaan termasuk sinar-X, imbasan ultrabunyi dan biopsi sebelum doktor mengesahkan kanser yang dihidapinya telah merebak dan memerlukan rawatan segera.

“Doktor memaklumkan bahawa dia menghidap kanser, penyakit itu telah merebak dan Whimsey perlu memulakan rawatan kemoterapi dengan segera,” jelasnya.

Image from: Jalani Pemeriksaan Kesihatan, Nara Smith Dedah Anak Dua Tahun Hidap Kanser

Bagaimanapun, Nara tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi anaknya serta perkembangan terperinci rawatan setakat ini.

Untuk rekod, Nara dan suaminya, model Lucky Blue Smith, turut mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Rumble Honey, lima tahun, Slim Easy, empat tahun, dan Fawnie Golden yang dilahirkan pada September tahun lalu.

Image from: Jalani Pemeriksaan Kesihatan, Nara Smith Dedah Anak Dua Tahun Hidap Kanser

Sejak insiden itu, Nara mengakui dia semakin mengurangkan perkongsian di media sosial bagi memberi tumpuan kepada keluarga serta proses rawatan anaknya.

https://www.instagram.com/reel/DaQZGV7RBtc/

Dalam pada itu, beliau berkata sokongan daripada ibu bapa lain yang turut berdepan situasi sama banyak membantu mengurangkan tekanan emosi yang dialami keluarganya.

“Semua itu benar-benar memberikan saya ketenangan dan mengurangkan rasa keseorangan yang saya rasakan.
“Menghadapi dan melalui semua ini sebagai sebuah keluarga sememangnya sangat sukar,” tambahnya.

Sumber: IG Nara Smith

The post Jalani Pemeriksaan Kesihatan, Nara Smith Dedah Anak Dua Tahun Hidap Kanser appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved