Popular Dengan Video Masak ‘From Scratch’, Nara Smith Dedah Anak 2 Tahun Hidap Kanser

Health & FitnessFamily & Parenting
2 Jul 2026 • 5:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

nara smith

Kalau sebut pasal video masak ‘from scratch’, mesti ramai terus teringat Nara Smith. Videonya yang memaparkan penyediaan pelbagai hidangan daripada bahan mentah sering mencuri perhatian dan meraih jutaan tontonan.

Tidak hanya sekadar seorang model, Nara atau nama sebenarnya Nara Aziza Pellmann berjaya mencipta fenomena baharu di media sosial dengan menggabungkan dunia masakan dan fesyen dengan cara yang sangat elegan dan memukau.

Namun di sebalik perkongsian yang kelihatan sempurna itu, Nara kini mendedahkan keluarganya sedang melalui ujian paling berat apabila anak perempuannya yang berusia dua tahun disahkan menghidap kanser.

Screenshot 2026 07 02 172735

Menerusi sebuah video yang dimuat naik Nara, segala-galanya bermula apabila dia dan suaminya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan anak mereka, Whimsy Lou sebelum membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Selepas dirujuk kepada pakar kanak-kanak, Nara yang melihat reaksi doktor itu membuatkan nalurinya sebagai seorang ibu mula merasakan sesuatu yang tidak kena pada anaknya.

“Saya masih ingat doktor tiba-tiba menjadi sangat tenang dan diam. Pada saat itu hati saya seperti luruh. Saya tidak tahu sama ada ia sekadar firasat atau naluri seorang ibu, tetapi perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah anak saya menghidap kanser,” katanya.

Whimsy yang juga anak ketiga Nara kemudian menjalani beberapa siri pemeriksaan termasuk x-ray, imbasan ultrasound dan biopsi sebelum doktor mengesahkan dia menghidap kanser.

Screenshot 2026 07 02 172035

Lebih memilukan, doktor turut memaklumkan bahawa sel kanser itu telah merebak dan Whimsy perlu menjalani rawatan kemoterapi dengan segera.

Setakat ini, Nara memilih untuk tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi anaknya serta keadaan kesihatannya ketika ini.

A post shared by Nara Smith (@naraaziza)

Menurut Nara, tempoh tersebut merupakan antara ujian paling sukar pernah dilalui keluarganya.

Selain perlu berulang-alik ke hospital, dia juga masih dalam tempoh pemulihan selepas melahirkan anak bongsunya pada September tahun lalu, di samping menjaga tiga lagi anak sambil bekerja sebagai pencipta kandungan.

Nara menyatakan berkongsi pengalaman dengan keluarga lain yang melalui ujian sama sepertinya sedikit sebanyak mengurangkan rasa sunyi dan memberinya kekuatan untuk terus tabah menghadapi dugaan.

Sumber: ABC News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved