“Takkan Nak Kena Azab Baru Sedar?” – PU Amin Ajak Orang Ramai Boikot Drama Ada Unsur Cinta Songsang

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 11:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Baru-baru ini, drama lakonan Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha menjadi bualan dan menerima kecaman hebat daripada netizen kerana didakwa mempunyai unsur dan mempromosikan cinta songsang.

Klip babak-babak lakonan di antara Uqasha dan Elisya didakwa mempunyai elemen LGBT dan ramai pengguna media sosial kini berpakat untuk mengajak orang ramai memboikot pelakon, pengarah dan produksi yang menerbitkan drama berkenaan.

Advertisement

Penceramah bebas, PU Amin juga turut bersuara dan menyeru orang ramai untuk bangkit dan memboikot drama-drama sedemikian kerana akan memberikan kesan yang sangat buruk buat generasi akan datang.

Kena bangkit boikot dan haramkan drama/filem/content melayu islam yang ada unsur LGBT, tak kan nak tunggu azab baru nak sedar.

PU Amin boikot drama

drama Madu Atau Racun

Hantaran tersebut menerima pelbagai respon dan semuanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh PU Amin.

Segelintir pihak berkata penggiat seni tidak patut menggunakan alasan ‘ambil pengajaran’ sebagai tiket untuk mereka menghasilkan naskah yang melampaui batas dalam ajaran agama Islam.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah individu yang menyindir ketiga-tiga pelakon utama drama tersebut kerana masing-masing sudah mempunyai anak dan tidak memikirkan jika lakonan mereka itu memberi kesan di masa akan datang.

Anak-anak dah besar mesti rasa jijik tengok lakonan macam tu.

PU Amin boikot drama PU Amin boikot drama

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada masa akan datang.

ELISYA SANDHA2026-08-17 15:33:32

Pakai Seksi Nak Rasa Macam Atlet, Elisya Sandha Perjelas Isu Baju Sendat - "Suami Saya Izinkan"

The post “Takkan Nak Kena Azab Baru Sedar?” – PU Amin Ajak Orang Ramai Boikot Drama Ada Unsur Cinta Songsang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved