Jam tangan Casio ini viral di Barcelona disebabkan lagu ini?

29 Jan 2023 • 9:21 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Penjualan jam tangan berjenama Casio dilaporkan meletup sejak beberapa hari kebelakangan ini. Ia disahkan oleh pengarah pemasaran Casio wilayah Spain dan Portugal.

Walaupun tiada angka khusus dikongsikan, tapi mereka mengumumkan yang jualan harian mereka jauh lebih baik daripada tahun lepas.

Pihak mereka melihat lagu yang keudara sewaktu "BZRP Music Sessions, Vol.53" oelh Shakira sebagai punca utama. Sebahagian daripada lirik itu membawa maksud yang hubungan bekas suaminya, Gerad Pique bersama kekasih baru sebagai turun taraf daripada Rolex kepada Casio.

Dalam satu temuramah, Gerad Pique pula mengesahkan King's League, liga bola sepak yang ditubuhkannya telah menerima penajaan daripada Casio.

Dia dilihat memperagakan sama ada model F91W ataupun A158W, dua model vintage yang berada dalam kategori "yang tahu sahaja tahu". Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan model vintag ini, Casio Malaysia ada menjualnya. Layari laman rasmi Casio F91W ataupun A158W untuk maklumat lanjut.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved