Jam Tangan Samsung Galaxy Watch Kini Boleh Dijadikan Kunci Kereta BYD

TechnologyDigitalCars
25 Jul 2025 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD semalam mengumumkan sokongan kunci digital pada beberapa model jam tangan pintar Samsung Galaxy. Selepas dikemaskini, Samsung Galaxy Watch7, Galaxy Watch8, Galaxy Watch8 Classic dan Galaxy Watch Ultra boleh digunakan untuk menyahkunci beberapa kereta keluaran BYD.

image is not available

Ini adalah menerusi ciri kunci NFC yang sebelum ini sudah disokong pada beberapa model telefon pintar Samsun Galaxy. Selain digunakan sendiri oleh pemilik kenderaan, ciri ini membenarkan kereta dipinjamkan untuk ia digunakan tanpa kunci fizikal.

BYD menjadi syarikat automotif China pertama menyokong sistem kunci digital pada siri Galaxy Watch. Selain ekosistem Samsung, kereta BYD juga telah menyokong kunci digital pada peranti Oppo, iOS dan HarmonyOS.

Pengumuman dilakukan hanya untuk pengguna Galaxy Watch dan BYD di China sahaja setakat ini. Bila sokongan ke peringkat global akan diberikan masih belum diumumkan setakat ini.