Samsung Galaxy Watch Ultra Mula Menerima Kemaskini One UI 8 Watch

TechnologyDigital
23 Jul 2025 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Watch Ultra tidak dikemaskini dengan model baharu semasa siri Galaxy Watch8 dilancarkan beberapa minggu lalu. Sebaliknya ia hanya ditawarkan dalam warna baharu Titanium Blue serta sistem operasi One UI 8 Watch berasaskan Wear OS 6. Dengan siri Galaxy Watch8 akan mula dihantar kepada pembeli yang melakukan pratempahan, Samsung juga memulakan proses kemas kini untuk Galaxy Watch Ultra.

image is not available

Pengguna Galaxy Watch Ultra di Korea Selatan boleh mengemaskini ke One UI 8 Watch bermula hari ini. Ia membawakan ciri baharu Running Coach, Vascular Load, Antioxidant Index dan Gemini yang boleh diakses terus daripada jam. Setakat petang ini kemas kini belum lagi diterima Watch Ultra di Malaysia.

Walaupun Galaxy Watch Ultra tidak menerima model baharu, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Galaxy Watch8 kerana berkongsi cip pemproses Exynos W1000

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved