Jambatan tempat Jaslinda ditemui selamat dapat perhatian kerajaan negeri

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 11:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jambatan tempat Jaslinda ditemui selamat dapat perhatian kerajaan negeri
Keadaan jambatan kayu yang uzur di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu iaitu lokasi penemuan pendaki wanita hilang, Jaslinda.
Image from: Jambatan tempat Jaslinda ditemui selamat dapat perhatian kerajaan negeri
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.
Image from: Jambatan tempat Jaslinda ditemui selamat dapat perhatian kerajaan negeri
Tok Batin Kampung Lubuh Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah memaklumkan, jambatan tersebut dibina sejak dua tahun lalu menggunakan bahas asas seperti papan dan buluh.
Image from: Jambatan tempat Jaslinda ditemui selamat dapat perhatian kerajaan negeri
Keadaan jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu mendapat perhatian di media sosial susulan paparan video lokasi penemuan yang disiarkan Sinar Harian.

TAPAH - Keadaan jambatan kayu yang uzur di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu iaitu lokasi penemuan pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin mendapat perhatian kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng berkata, satu lawatan ke kampung berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi meninjau sendiri keadaan jambatan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

**media[3544951]**

“Saya akan turun ke kampung itu dalam sehari dua ini untuk melihat sendiri keadaan jambatan dan berbincang dengan Tok Batin mengenai keperluan sebenar penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

Sekiranya terdapat keperluan mendesak, beliau akan berusaha membantu mengemukakan permohonan bagi pembinaan jambatan baharu demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

“Kalau keperluan itu ada, memang saya akan usahakan. Cuma saya mahu berbincang terlebih dahulu dengan Tok Batin untuk mendapatkan gambaran menyeluruh,” katanya.

Keadaan jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu mendapat perhatian di media sosial susulan paparan video lokasi penemuan yang disiarkan Sinar Harian.

Rata-rata mereka mengharapkan, sebuah jambatan baharu yang lebih selamat dan kukuh dapat dibina demi keselamatan dan keselesaan penduduk.

**media[3544953]**

Terdahulu, Tok Batin Kampung Lubuh Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah memaklumkan, jambatan tersebut dibina sejak dua tahun lalu menggunakan bahas asas seperti papan dan buluh.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

Jaslinda maklum tiada unsur mistik, gangguan ketika dalam hutan - Exco Perak

Sebelum ini, penduduk terpaksa menyeberangai sungai, namun kini, jambatan berkenaan menjadi laluan utama kira-kira lebih 100 keluarga dari suku Semai untuk ke kebun dan hutan bagi mencari sumber rezeki.

Pada Sabtu, Jaslinda, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei, ditemui dalam keadaan selamat selepas dilihat berjalan seorang diri di atas jambatan di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah.

**media[3544956]**

Kehadiran itu disedari penduduk Orang Asli, Nazri Bah Eng, 55, dan Bah Roslan Bah Sulpok, 51, yang sedang memancing sekitar jam 5.10 petang.