
Bekas Menteri Agama Jamil Khir Baharom didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan Tabung Haji melupuskan RM860.3 juta kepada syarikat Arab Saudi
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan wang RM860,308,770.51 atau SAR766,060,237 (Riyal Saudi) milik institusi itu kepada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd ( Al-Rawda).
Jamil Khir, 65, yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan satu per satu di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, Jamil Khir didakwa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dengan secara tidak jujur telah menyebabkan Lembaga TH melupuskan harta miliknya, iaitu wang RM42,942,074 bersamaan dengan SAR44.170 juta, RM288,172,134.64 (SAR250,041,622) dan RM529,194,561.87 (SAR471,848,615) kepada Al-Rawda.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Aras 9, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 3 April 2015 dan di pejabat sama di Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada 14 Dis 2016 dan 17 Ogos 2017.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.





![[VIDEO] Jamil Khir selesai bayar jamin, tekad bersihkan nama di mahkamah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/e323da49-e6d9-4d59-9b07-b7a9279e84bc-1024x682.jpeg)
