Jana limpahan ekonomi, MOTAC terbuka jadikan Festival Air KL acara tahunan -King Sing

LocalTravel
24 Jun 2026 • 4:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan penganjuran Festival Air (Water Music Festival) sebagai acara tahunan di ibu negara sekiranya ia memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan

Memetik laporan daripada Berita Harian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing menyatakan sebarang keputusan untuk menjadikan festival berkenaan sebagai acara tahunan perlu melalui penilaian menyeluruh termasuk impak ekonomi, pengurusan logistik serta nilai promosinya kepada negara.

“Berhubung dengan cadangan menjadikan Festival Air (Water Music Festival) sebagai acara tahunan pula, kerajaan pada dasarnya sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan apa jua acara yang berpotensi memacu agenda pelancongan negara.
“Namun, kelulusan untuk menjadikannya acara tahunan perlu bersandarkan kepada penilaian menyeluruh,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Image from: Jana limpahan ekonomi, MOTAC terbuka jadikan Festival Air KL acara tahunan -King Sing

Penganjuran berskala besar beri banyak manfaat

Tambah King Sing lagi, penilaian itu turut mengambil kira keupayaan penganjur mengurus kesesakan lalu lintas, tahap pematuhan kepada visi pelancongan negara serta sejauh mana acara berkenaan memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.

Beliau menyatakan penganjuran acara berskala besar terbukti bukan sahaja memberi manfaat kepada penggiat seni, malah membantu merancakkan sektor perhotelan, pengusaha makanan dan minuman (F&B), syarikat pengangkutan serta perniagaan kecil.

“Pada masa yang sama, kerajaan memastikan ekonomi rakyat terus dilindungi menerusi peruntukan RM200 juta untuk Projek Lestari Niaga dan diskaun sewa sehingga 50 peratus kepada penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Image from: Jana limpahan ekonomi, MOTAC terbuka jadikan Festival Air KL acara tahunan -King Sing

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang meminta penjelasan mengenai pelan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab utama industri hiburan serantau serta cadangan menjadikan Festival Air Kuala Lumpur sebagai acara tahunan.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved