Jana wibawa: Muhyiddin lepas bebas pertuduhan salah guna kedudukan, tiga AMLA
hamden15/09/2026 - 15:44
hamden15/09/2026 - 15:44 KUALA LUMPUR 15 Sept - Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM200 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib untuk tidak meneruskan kes berkenaan terhadap Muhyiddin, 79, dengan mengguna pakai peruntukan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu masih berdepan tiga pertuduhan salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM25.3 juta. - BERNAMA






