Janda, duda warga emas ditangkap khalwat tengah malam

26 May 2026 • 1:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Janda, duda warga emas ditangkap khalwat tengah malam
Sepasang warga emas berstatus duda dan janda berusia hampir 70 tahun dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah.

MELAKA - Sepasang warga emas berstatus duda dan janda berusia hampir 70 tahun dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Klebang, di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Menurut sumber, operasi yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIM kira-kira jam 12 malam itu dilakukan susulan aduan dan maklumat diterima daripada orang awam.

Ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki berusia 68 tahun yang bekerja sendiri bersama wanita berumur 66 tahun yang tidak bekerja memaklumkan mereka sedang dalam proses permohonan untuk bernikah.

Bagaimanapun, pasangan yang masing-masing berstatus duda dan janda itu dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi selain membantu siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 berkaitan kesalahan bersekediaman atau berkhalwat sehingga menimbulkan syak.

Dalam pada itu, JAIM menjelaskan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan mengaibkan mana-mana individu, sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat mengenai batas pergaulan serta kepentingan mematuhi hukum syarak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved