“Ko tido sebantal dengan diaorg ke” – Mona Allen ‘Sound’ Netizen Tuduh Pekin Jadi Batu Api Isu Fattah-Fazura

LocalEntertainment
9 Oct 2024 • 4:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Mona Allen dilihat naik angin dengan sikap segelintir netizen yang begitu taksub dengan isu perceraian Fattah Amin dan Fazura.

Ia susulan dengan kenyataan yang diberikan oleh Pekin Ibrahim terhadap sikap baik Fattah Amin semalam dan Mona Allen ada terima satu DM daripada netizen untuk menasihatkan suaminya itu agar jangan jadi ‘batu api’.

“Saya bukan penasihat suami saya lantak lah dia nak tulis apa”

Tegas Mona, dia pelik kenapa suaminya dilabel sebagai batu api kerana tiada sebarang penghinaan yang diberikan oleh Pekin Ibrahim terhadap Fattah Amin.

“Apa nak jadi dengan netizen Malaysia ini? Apa yang batu api? Bukankah dalam Islam kita harus berkata yang baik-baik sahaja.”

“Apa yang suami saya katakan tentang Fattah, adakah satu penghinaan?”

“Ya, betul kita tak tidur sebantal dengan mereka. Tapi bila seorang itu nampak dan ingin kongsi melalui ‘point of view’ (POV) dia, siapa kita untuk menilai?.”

“Saya bukan penasihat suami saya, lantaklah dia nak tulis apa.”

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Pekin Ibrahim ada kongsikan sikap baik Fattah yang tidak pernah cuba ‘menggatal’ dengan mana-mana wanita sepanjang bekerjasama dengannya, dia hanya lebih merindui isteri dan anak-anak.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.