“Jangan Ambil Tindakan Ekstrem Bila Memboikot Sampai Mengaibkan Pihak Lain” – Menteri Agama

19 Apr 2024 • 3:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar menasihati orang ramai untuk tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau dalam isu memboikot barangan atau perniagaan yang dikaitkan dengan Israel.

Peringatan itu diberikan oleh beliau selepas diminta memberikan komen tentang isu tular baru-baru ini di mana sesetengah pihak telah melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau sehingga memberikan keaiban kepada mana-mana pihak.

image is not available

Bukan itu sahaja, turut tular tentang imej ‘anjing’ yang disunting oleh netizen bagi menggambarkan pelanggan yang menikmati makanan daripada McDonald’s dan KFC di media sosial.

Ia susulan penularan gambar di rangkaian restoran makanan segera tersebut yang penuh dengan pelanggan semasa Aidilfitri baru-baru ini.

Tambahnya, sudah tentu kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh diterima sama sekali namun tindakan bersolidariti juga perlulah dilakukan dengan berilmu dan berakhlak.

Semua pihak perlu sentiasa menjaga keharmonian serta perpaduan dalam bermasyarakat. Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam adalah perlu dielakkan sama sekali.

image is not available

Na’im turut berkata, masyarakat boleh merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri untuk mendapatkan penjelasan berlandaskan kefahaman Islam yang sebenar.

image is not available 4 days ago

"Islam Tak Suka Umatnya Bersikap Ekstrem.." - Boikot Hingga Label Orang Lain Binatang, Mufti Pinang Beri Nasihat