“Jangan Berlagak Kak…” – Perli Netizen Sebab Kecam, Aksi Peniaga Megi Viral Undang Kritikan Ramai

LocalEntertainment
12 Nov 2024 • 10:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular tentang perniagaan gerai tepi jalan yang menjual megi dengan beberapa variasi ‘topping’ seperti hot dog dan ayam rangup.

Ramai netizen mengkritik rakyat Malaysia kerana sanggup beratur panjang demi semangkuk megi goreng sedangkan boleh sahaja dibuat sendiri di rumah.

image is not available 5 days ago

Ramai Gigih Beratur Panjang Waktu Malam Untuk Beli Megi RM15, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kenapa Kemaruk Sangat, Rumah Kau Takde Megi Ke?”

Terbaru, tular pula video yang memaparkan peniaga gerai tersebut yang memberi komen ‘kurang enak’ didengar dan ia mengundang pertikaian netizen di laman sosial X.

Sesetengah individu berpendapat etika peniaga tersebut tidak bagus dan mungkin boleh memberi kesan kepada perniagaannya pada masa akan datang.

Jangan berlagak kak. Hahahaha. Kedai kau makin ramai, confirm kualiti kau boleh jatuh.

Video itu memaparkan peniaga tersebut memerli netizen yang memberi kecaman selepas tular rakaman menunjukkan orang ramai beratur panjang pada waktu malam untuk membeli megi dijualnya.

Ada yang berpendapat peniaga tersebut tidak patut berlagak kerana gerainya sendiri berniaga secara ‘haram’ dan bukan di tapak yang dibenarkan dan berdaftar dengan pihak berkuasa.

Seorang netizen pula sempat berkongsi tangkap layar memaparkan cara peniaga itu membalas kepada soalan individu menerusi ruangan komen di TikTok.

image is not available